Monday, April 4, 2011

Sesi 2011 Darul Izzah

Assalamualaikum.... disini ingin kami memberitahu bahawa Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi (RAYDI) telah pun menambah bilangan pelajar seramai 10 orang menjadikan jumlah seramai 31 orang pelajar. untuk sesi 2011 ini RAYDI Bangi telah menerima banyak pelawaan dari pihak2 luar untuk mengadakan program bersama pelajar2 RAYDI. Disini kami bagi pihak RAYDI Bangi ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan2 tersebut.

Friday, November 12, 2010

PENGAMBILAN PELAJAR BARU BAGI TAHUN 2011

Assalamualaikum, perhatian kepada semua pelayar blog Darul Izzah, Darul Izzah akan membuat pengambilan pelajar baru seramai 21 orang untuk persekolahan sesi 2011.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi talian 03-89257263 atau 017-2451707 (Pengetua), atau hantarkan sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) kepada:

Bahagian Hal-Ehwal Pelajar 
Rumah Anak Yatim Darul Izzah (Bangi)
6441 Jalan Makmur, Kg Tears Jernang
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor.
raydibangi@yahoo.com
ramramli@yahoo.com
assalamualaikum, kepada semua pelayar blog Darul 'Izzah ingin kami maklumkan di sini bahawa pada 13 November 2010 pelajar2 di Darul 'Izzah sudah mula bercuti selama 3minggu sehingga 5 Disember 2010. Kepada penderma yang ingin menderma di minta terus berurusan di pejabat kerana pejabat dibuka setiap Isnin-Sabtu pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8925 7263 (pejabat). Terima kasih.

Monday, October 18, 2010

Ramadhan & Syawal 2010




Pembuka Bicara

Assalamualaikum kepada para pembaca..

Alhamdulillah, kini Darul 'Izzah telah mempunyai blog atas hasil usaha sama dengan 5 orang pelajar daripada Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya.

Di dalam blog ini, kami cuba berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan anak-anak di Darul 'Izzah ini. Antara yang terkandung di dalam blog ini termasuklah Galeri, Pelan Perancangan, Aktiviti-Aktiviti dan juga maklumat tentang Darul 'Izzah.


Kami sangat mengalu-alukan komen atau feedback daripada para pembaca blog ini.

Perancangan Masa Hadapan

Darul 'Izzah kini dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membeli sebidang tanah di Mukim, Dengkil bertujuan untuk pembinaan Kompleks Anak Yatim yang baharu. Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 2.2 Juta.

Selain daripada itu, Darul Izzah juga merancang untuk menjalankan pembinaan bangunan bagi warga emas yang terletak di Temerloh, Pahang.