Monday, October 18, 2010

Ramadhan & Syawal 2010




Pembuka Bicara

Assalamualaikum kepada para pembaca..

Alhamdulillah, kini Darul 'Izzah telah mempunyai blog atas hasil usaha sama dengan 5 orang pelajar daripada Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya.

Di dalam blog ini, kami cuba berkongsi dengan pembaca tentang kehidupan anak-anak di Darul 'Izzah ini. Antara yang terkandung di dalam blog ini termasuklah Galeri, Pelan Perancangan, Aktiviti-Aktiviti dan juga maklumat tentang Darul 'Izzah.


Kami sangat mengalu-alukan komen atau feedback daripada para pembaca blog ini.

Perancangan Masa Hadapan

Darul 'Izzah kini dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membeli sebidang tanah di Mukim, Dengkil bertujuan untuk pembinaan Kompleks Anak Yatim yang baharu. Dana yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM 2.2 Juta.

Selain daripada itu, Darul Izzah juga merancang untuk menjalankan pembinaan bangunan bagi warga emas yang terletak di Temerloh, Pahang.